Saturday, December 31, 2011

Dihantui Mimpi Rumah Misteri....

Benarkah mimpi hanya mainan tidur........


sumber : http://donribwan.blogspot.com/2008/11/dari-rumah-dr-mahathir-ke-istana-anak.html
........gambar sekadar hiasan........


Sudah lama ingin aku kongsikan sebuah kisah mimpi yang sering aku alami.....mimpi yang terus berulang yang terus menghantui aku...menimbulkan persoalan mengapakah ia terus mengganggu tidur ini.....mimpi tentang sebuah rumah yang tidak berpenghuni....rumah yang ditinggalkan....yang wujud di alam nyata....dan aku sentiasa melihatnya semasa perjalanan pulang ke halaman kampung ibu ku................semalam ia kembali lagi........

Mimpi ini bermula apabila aku dan beberapa kenalan ingin ke suatu tempat....tempat yang aku tak pasti....seperti mencari jalan ke sesuatu tempat....peneman mimpi aku kadang-kadang bertukar-tukar....kadang-kadang kawan...keluarga dan orang yang aku tidak kenali........

Dalam mimpi itu aku melalui sebuah jalan yang banyak likunya.....jalan yang sempit.....dan jalan ini sememangnya ada di alam nyata.....yang aku lalui untuk pulang ke kampung ibu ku.......apakah tujuan aku melalui jalan ini di dalam mimpi...adakah untuk pulang ke kampung?????

Namun, setelah aku sampai berhampiran rumah ini......aku hairan apabila jalan ini jalan mati.....dan semasa inilah aku terpandang sebuah rumah lama yang ditinggalkan...yang tidak lagi berpenghuni....namun rumah itu kelihatan terjaga...halaman rumahnya bersih....tiada semak samun....pagarnya rumahnya terbuka.......dan kami pergi ke rumah tersebut untuk bertanya sesuatu....bertanya arah.....jalan mati....dan bagaimana harus kami sampai ke destinasi.........

Dalam dunia yang nyata pula...keadaan rumah itu sememangnya terjaga...walaupun tiada penghuni....tiada juga semak samun....cuma ada ditumbuhi kemuncup dihalaman rumahnya.......dan pagarnya tertutup dan kelihatan seperti dikunci rapi........sesungguhnya jalan itu bukan jalan mati.......

Di dalam mimpi itu....aku terjaga atau mimpi itu hanya akan terhenti di situ...di ketika aku melangkah masuk ke halaman rumah itu....mimpi ini terus hilang....setiap kali itulah yang berlaku.....

Dan aku ada ceritakan mimpi ini kepada ibu ku....dan bertanya rumah siapakah itu????.......ibu ku hanya menjawab....mungkin aku selalu melihat rumah itu dan janganlah terlalu memikirkannya......ibu aku juga berkata bahawa rumah itu pernah didiami suatu ketika dulu....dan penghuninya selalu bertukar-tukar dan tidak duduk lama di rumah itu......

Aku ada terfikir untuk cuba pergi ke rumah itu......Mungkin suatu hari nanti......



Monday, December 26, 2011

Sambutan Krismas + Aku = CUTI


Bukan untuk rujukan....sekadar pandangan...untuk bacaan.......


Hari perayaan masyarakat kristian iaitu krismas telah berlalu pada 25 hb disember....Sambutan hari krismas diadakan adalah untuk meraikan hari kelahiran Jesus......Banyak negara menyambutnya dengan begitu meriah termasuk negara kita Malaysia....Secara umumnya mengetahui majoriti penduduk Malaysia adalah beragama Islam......Apakah hukumnya untuk seseorang yang beragama islam itu menyambut perayaan krismas, memberi ucapan, memberi hadiah......Ramai rakan-rakan di facebook manyatakan bahawa menyambut krismas bagi umat islam adalah HARAM....malah memberi ucapan "merry cristmas" juga HARAM.........cukup sekadar mngucapkan "selamat bercuti".........

ISLAM adalah agama yang mementingkan ikatan silatuharim antara umat manusia di dunia ini....Bukan hanya menjaga ikatan silaturahim antara muslim, bahkan ISLAM menganjurkan untuk membina hubungan yang baik dengan masyarakat bukan ISLAM.....( menghormati budaya agama lain bukan bermakna kita telah menjadi sebahagian daripada mereka, ianya bergantung kepada niat )...........

Dipetik dari surah An Nisaa ayat 36, dijelaskan masudnya ; "sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun.  Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh.............. "

ISLAM menggalakkan umatnya menjalinkan iakatan yang baik dan memupuk perpaduan di atara jiran tetangga...bukan sahaja tetangga yang dekat, malah tetangga yang jauh......Tetangga yang dekat dapat diertikan sebagai jiran yang berhampiran dengan rumah, atau yang masih mempunyai hubungan kerabat atau nasab yang sesama muslim.....Manakala, tetangga yang jauh pula membawa dapat diertikan sebagai tetangga yang jauh atau tidak mempunyai hubungan kerabat atau berlainan nasab atau agama......Disini dapat dijelaskan bahawa Islam menyuruh umatnya menghormati sesama muslim dan juga dengan masyarakat yang beragama lain selagi perbuatan tersebut tidak mempersekutukan ALLAH........

Menurut Imam Al-Qurthubi pula ; " Berbuat baik kepada tetangga adalah perkara yang diperintahakan dan dianjurkan, baik terhadap orang muslim ataupun kafir.  Berbuat baik itu ertinya memberikan pertolongan, bergaul dengan baik, membelanya jika ada gangguuan dan ancaman ".

Bergaul dengan baik disini dapat dijelaskan bahawa, Islam menyuruh penganutnya melayan tetangganya dengan baik.....bukan hanya kepada tetangga yang beragama islam sahaja, malah kepada orang bukan islam juga hendaklah berbuat baik.....menghormati mereka, budaya mereka, dan juga amalan agama mereka..... 

Tidaklah menjadi salah kiranya kita menziarahi mereka ketika krismas atas dasar persahabatan, jiran tetangga, selagi tidak menyekutukan Allah.....dan selagi tidak lari dari niat asal untuk menjaga hubungan silaturahim dan bukannya untuk meraikannya untuk mengagung-agungkan atau mempercayai kepercayaan masyarakat kristian dan sambutan krismas..... )

Namun, niat tersebut juga haruslah ditonjolkan melalui perbuatan kita...seperti tidak berpakaian seperti mereka ( cukuplah sekadar berpakaian sopan), tidak melakukan apa yang dilakukan mereka ( seperti memberi hadiah ),  menyanyikan lagu mereka dan sebagainya yang akan menjurus kepada perayaan tersebut yang memperlihatkan kita sebahagian daripadanya dan seperti kita mengiyakan / meredhai kepercayaan mereka yang akan menyebabkan kita mempesekutukan Allah.....atau lari daripada tujuan atau niat sebenar iaitu sekadar menziarahi mereka.....

Seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Barang siapa meniru syiar sesuatu kaum ( bukan Islam ), maka ia daripada golongan mereka " ~ (riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093 ).


Diringkaskan bahawa, Hari krismas adalah haram untuk disambut oleh orang Islam.....sekiranya melibatkan  penyelewengan akidah seperti menyanyikan lagu krismas.....Namun, harus untuk mengunjungi mereka ( jiran tetangga atau rakan sekerja ) untuk menjaga hubungan perpaduan nasional....Tapi tidak perlulah kita pula yang berlebih-lebih untuk menyambutnya....dan janganlah memakai pakaian seperti mereka seperti topi dan aksesori lain....letaklah niat kita sekadar melawat mereka dan bukannya menyambut perayaan mereka....pakailah pakaian yang sopan yang mengikut syariat Islam......

*untuk lebih info tanya Google.....


*Sekadar memberi pandangan berlandaskan pembacaan yang dibuat.....WALLAHUALAM

Friday, December 23, 2011

Peralatan Membuat Batik






Thursday, December 22, 2011

Bermain Bola Sepak !!!


Aku dan Goldbird






Aku nak ceritakan bagaimana aku mendapat gelaran golbird.....Semuanya bermula sejak aku darjah tiga lagi...Masa tu aku belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Diman....Aku berada di kelas 3 Berlian.....Aku masih ingat dengan jelas lagi beberapa peristiwa yang berlaku dalam kelas tu...Aku ada seorang kawan yang namanya lebih kurang dengan nama sebenar aku...cuma beza satu huruf je iaitu aku huruf  "m" dan dia  hurur "r"....Tak perlu la aku sebut nama dia.....Dia lah orang yang bertanggungjawab dalam hal ini.....

Robet....Yea...Itulah gelaran yang dia berikan untuk aku..Aku pun tidak mengetahui atas sebab apa aku digelar Robet...Lama kelamaan nama itu lekat pada aku...Dan aku tidak kisah..Malah aku suka dan rindukan setiap kali kawan aku panggil aku dengan nama tu.....Suatu hari aku sedang lepak dengan kwan-kawan aku dekat sebuah wakaf di depan sekolah....Dan pada masa tu aku sedang asyikmenulis nama aku di wakaf tersebut.....Wakaf tu baru je siap dibina...hehehehe

Selepas itu dia datang dan meminta aku menulis juga namanya...Dia cakap aku buat dengan cantik...hahaha....Aku pun tulis namanya dibawah nama aku.....Ingin sekali aku melihat kembali tulisan itu....Namun ianya hanya tersimpan di dalam memori aku...Kerana wakaf itu telah lama tiada.....Kembali kepada cerita...Selesai aku menulis namanya..Aku terus bertanya kepadanya..Kenapa memanggil aku Robet...Dia bagitahu aku yang aku jalan seperti Robet (Robot).....Aku jadi bingung....Betul ke aku jalan macam robot??????

Nama itu kekal dan aku dikenali dengan nama itu di sekolah dan juga bila di luar sekolah.....Lama kelamaan nama Robet menjadi Gobet.....dan selepas itu aku dikenali dengan nama Bert.......Dan aku rasa nama Bert paling lama kekal dengan aku....Sampaikan ada dikalangan kawan aku yang tidak mengetahui nama sebenar aku....hahaha

Dan akhir sekali....Nama goldbird telah muncul apabila seorang kawan aku di tingkatan 4 dan 5 telah menciptakannya untuk aku.....Dia meminati graffiti...dan di dalam bukunya dipenuhi lukisan dan juga tulisan yang berbentuk graffiti....Pada suatu hari dia tulis nama aku gold bird dalam bentuk tulisan graffiti.....Aku amat sukakannya...Dan aku mula berminat dengan tulisan yang berbentuk graffiti...Dan aku ada hasilkan beberapa tapi tidak sehebat yang dihasilkannya.....Dia amat berbakat dalam seni....hehe


Wednesday, December 21, 2011

Lemas Di Dalam Sebuah Cinta..

Untuk Insan Yang Mengisi Ruang Kosong Di Hati Ku.....

sumber : http://weirdspy.com/wp-content/uploads/2011/08/Sunset-Love-Silhouette.jpg



Kenapa Harus Aku Menyayanginya.....Mengapa Kami Dipertemukan....Mengapa Perasaan Cinta Tersemai Di Hati....Walaupun Hati Ini Sedar Akan terpaksa Meninggalkannya Di Suatu Hari Nanti......Dan Hari Itu Semakin Tiba Saatnya......Walaupun Sukar Akan Aku Tempuhinya.....Kerana Itulah Satu-satu Jalan Yang Ada.....Maafkan Aku.....

Aku Sedar Siapa Diri Ini Jika Dibandingkan Dengan Insan Lain Yang Sudah Tentu Lagi Hebat Dan Sempurna Buat Mu...Cinta Ini Tidak Seharusnya Dijalinkan Semenjak Dulu Lagi...Namun Kedegilan Ingin Merasai Cinta Membuatkan Kita Terperangkap Di Dalamnya...Pujukan Cinta Terlalu Kuat Sehingga Aku Tersesat Di Alam Yang Serba Indah Ini......

Aku Masih Ingat Lagi Bagaimana Perasaan Ini Tiba-tiba Menjengah Ke Sudut Hati Ini....Dan Aku Tidak Pernah Menceritakannya Kepada Si Dia......Dan Ia Mungkin Akan Terus Menjadi Rahsia...Biarlah Hanya Aku Yang Mengetahuinya....Kerana Aku Tidak Mahu Kenangan Itu Terimbas Kembali Ke Dalam Ingatan Dia.....

Kini...Hanya Satu Yang Berada Di Lubuk Hati Aku....Aku Inginkan Dia Dapat Lupakan Aku...Agar Dia Tidak Lagi Bersedih Merindui Detik Kami Bersama....Tapi..Aku Tahu Dia Kuat Dan Mampu Untuk Merentangi Gelora Ini...Kerana...Sejak Mula Dia Sememangnya Tahu Aku Bukan Untuknya....Aku Harap Dia Tabah Dan Teruskan Hari-hari Yang Mendatang Dengan Senyuman dan Gelak Ketawa....Walaupun Aku Tak Mampu Lagi Untuk Membuat Dia Ketawa dan Tersenyum.....


*Satu Impian Aku Telah Hilang...dan Tiada Apa Mampu Menghalang Ia Pergi....Dan Terus Berlalu....





AUKU + ADAM ADLI + UPSI + AKU???

Sebelum baca aku nak pesan..semua ni pandangan peribadi penulis.....


sumber : http://2.bp.blogspot.com/_CC-v-ozVBy0/S3JJVDZpfkI/AAAAAAAAAWA/-D-apuffO-o/s400/auku.jpg


AUKU atau Akta Universiti dan Kolej Universiti diwujudkan untuk menjaga mahsiswa..Tapi hari ini, mahasiswa ingin AUKU di mansuhkan..Atas sebab apa yang menyebabkan segelintir mahasiswa bertidak demikian???..Adakah timbul ketidak percayaan kepada Kerajaan Pemerintah yang menjaga keharmornian negara Malaysia....Bagi aku yang juga bekas pelajar UNIVERSITI...aku tidak rasa ada keperluan untuk memansuhkan AUKU....Tumpuan utama pelajar adalah untuk belajar, bukan berpolitik dan hal-hal lain...

Satu hal yang aku nak nyatakan kat sini, apabila mahasiswa terlalu banyak terlibat dengan hal-hal yang tidak berkaitan dengan pembelajaran mereka..ia akan menyebabkan mereka mulai lalai untuk memberi lebih tumpuan terhadap pelajaran mereka....gejala ponteng kuliah akan berleluasa seperti kes ponteng sekolah..

DAN selama mereka / mahasiswa ini menjalani kehidupan dikampus....wang siapa yang dibelanjakan...terutama kepada golongan bangsa MELAYU......jika bukan wang ibu bapa dan wang hasil dari rakyat....jika mereka ini gagal dalam pembelajaran...bukankah mereka telah melakukan pembaziran wang rakyat...sejak dibangku persekolahan lagi kita telah menggunakan wang rakyat....jika bukan kerana wang rakyat, berapa kerat orang melayu yang mampu melangkah ke UNIVERSITI........

Seperti kata Dr.M....mansuhkan AUKU sekiranya mahasiswa dah matang...

*dah matang ke???? 


sumber : http://www.umlib.um.edu.my/umnews/auku_n1-180783.jpg



Sekiranya melihat sejarah lampau......AUKU sebenarnya membantu mahasiswa MELAYU.....tetapi hanya mahasiswa melayu yang bersungguh-sungguh untuk memansuhkan AUKU...adakah untuk menghancurkan masa depan sendiri demi kepentingan pihak lain??????........Kerana apa aku mengatakan bahawa AUKU membantu MELAYU...sebabnya adalah lebih ramai orang MELAYU berjaya di UNIVERSITI kerana adanya AUKU....

*jangan musnahkan impian masyarakat demi agenda sendiri.....


sumber : http://promahasiswaupm.files.wordpress.com/2011/12/390023_284631368239394_100000775992720_752440_1729368285_n.jpg


Mengenai Adam Adli...aku memang tidak mengetahui siapa dia yang sebenar....dan aku langsung tidak menghalang tindakan dia untuk berjuang memansuhkan AUKU...kerana itu adalah hak peribadi masing-masing dan  aku tidak masuk campur....Tetapi yang menjadi persoalannya apa rasionalnya menurunkan Bendera yang tertera wajah PM....atas sebab apa dia berbuat demikian???....adakah kerana ingin mencabar kerajaan sedia ada supaya berhati-hati dan mendengar kepada permintaan mereka.......adakah merasakan sudah dekat dengan tahun baru dan pilihanraya yang semakin menghampiri, merasakan masa yang tepat untuk menghancurkan sebuah kerajaan dan mengangkat kerajaan yang baru yang mereka percayai....

Namun, yang menjadi masalahnya sekarang adalah dia telah melibatkan nama UPSI...dan aku adalah bekas pelajar UPSI....Aku cukup sedih bila mendapat tahu pelajar UPSI cukup biadap dan langsung tidak menghormati pemimpin negara...Aku tak kisah siapa yang dia nak pilih sebagai pemimpin...Namun, adakah kedamaian yang dikecapi selama ini mahu dirobohkan...Bukan senang menjaga hati rakyat MALAYSIA yang berbilang bangsa dan agama.....bukan hanya bangsa melayu yang hendak dijaga pemerintah...Malangnya, jika dilihat daripada gerakan-gerakan yang dilakukan ia kelihatan seperti didalangi parti tertentu dan bukan atas daya usaha mahasiswa sendiri....

*tak ingin melihat Melayu Dijajah lagi.....


sumber : http://komuniti-blogger.com/wp-content/uploads/2011/11/615181269l.jpg


Aku mengaku bahawa manusia tidak dapat lari dari politik...semua hal berkait dengan politik...bagi aku politik adalah penipuan...tiada kejujuran....semuanya adalah penipuan untuk mencari kuasa...aku tidak tahu mana yang betul, mana yang salah....jangan terlalu taksub dan percayakan politik...politik membunuh jati diri...fitnah menguasai dunia...tipu muslihat membela diri....semuanya demi politik yang membawa kuasa....

*ISA dah lupus..timbul pula isu AUKU....politik oh politik....





Tuesday, December 20, 2011

Software Download Video..Orbit Downloader



Software ni digunakan untuk mendownload video terus dari internet......(gunakan mozilla firefox atau internet explore).....contohnya ada drama besiri atau lagu atau apa-apa sahaja video terus dari laman web....contohnya dari laman You Tube.....selain dari download video orbit downloader juga boleh digunakan untuk mendownload muzik, dll......

Kelebihan yang ada ialah....apabila video yang didownload tidak sempat habis...ianya boleh disambung pada bila-bila masa.....namun ada juga link yang xbagi sambung.....biasanya file ni akan warna biru (title dlm orbit kat downloading).............

link download orbit downloader kat sini....Orbit Downloader..........



Cara Menggunakan Orbit Downloader...

Langkah 1.

Buka Orbit Downloader...lepas tu pilih tools dan select Grab++...............





Langkah 2.

Selepas tu akan keluar macam ni.....




Langkah 3.

Seterusnya buka laman web....kalau macam laman web you tube ni bila kita buka die terus play video kan....jika web site lain mungkin kena klik play button dulu....hehehe....jadi klik la play button 2....




Langkah 4.

Selepas memastikan Video dimainkan...lihat pada tetingkap Grab++ tadi...dan pilih VIDEO......kat bawah 2 akan ada link untuk download.....( jika link 2 tiada, refresh balik website tadi dan main semula video 2 )
select dan klik button DOWNLOAD.




Langkah 5.

Selepas dah selesai langkah 4 tadi...akan keluar plak macam ni....CREATE NEW DOWNLOAD.....bleh set nak sava kat mana dan save dgn nama ape.....kalo video pastikan jgn lupa kat save as tu letak dot avi/flv ( contoh : One Piece.avi )..................




Langkah 6.

Dah siap mcm ni la keadaannya...hehehe......tggu je la siap download......nk tahu link yang boleh sambung atau tak macam ni....jangan select apa yang didownload tu...( klik kat  tempat lain..bhgian putih )....kalau warna biru maknyanya tak boleh sambung....jadi kena tunggu siap download baru bleh off PC....

Bleh je setting bagi dia shut down kan PC bila dah siap download.......

Birthday Cake For My Mom.......



Birthday Cake

Semua ni idea abg aku untuk sambut bday ma.....hehehe....aku ikut je la....Ceritanya bermula begini.....

Hari tu hujan...dan aku bersama abang aku pergi ke Kuala Terengganu untuk menemami Ayah aku ke sebuah Bank.......Disebabkan hujan...dan tiada tempat yang sesuai dan dekat dengan bank berkenaan kami berdua menurunkan Ayah kami di depan Bank tersebut.....kami berlalu dan mendapat sebuah parking yang berhampiran dengan sebuah kedai kek.......

Masa sembang-sembang dalam kereta...tiba-tiba abg aku tanya Bday ma bile??????........aku pn tgok nk kad yang aku buat yang tertera maklumat ayah dan mak aku...hehehe.....(dah lepas dah Bday Ma).....hmmmmmm.......duk fikir-fikir....kami beli jgk kek 2.....aku xtau nk pilih yang mana...sbb  bajet bkn aku yg kluarkan...hehehe...jd abg aku pilih n bayar.....

Dalam keadaan hujan yang masih renyai-renyai kami pergi beli kek dan kembali ke kereta......tak lama kemudian....ayah menghantar mesej menyatakan urusannya dah selesai....kami pn bergegas untuk mengambilnya dan pulang ke rumah........

Sampai je kat umah kami xkluarkan kek dan kami xbak bgtau mak yang kami ade beli kek...Ayah setuju jer....hahaha...masa tu dah nk maghrib....jadi kami sambut Bday mak selepas maghrib....hehehe

Selamat Hari Lahir Ma.......

Lokasi kedai kek ni berhadapan dengan stesen teksi Kuala Terengganu....

*Aku kurang selesa sebenarnya dengan suasana yang riuh seperti sambutan hari lahir ni......lepas ni kena la biasakan diri......

Buah Main Alat Muzik !!!!!!!!



HaHaHa.......

Lukisan ni Aku buat untuk rujukan adik aku sebenarnya untuk paper SPM Seni Visual Kertas 2 tahun ni....lagipun aku slalu jgk tolong bg rujukan kat die mcm mane nk lukis......walaupn xlah seberapa lukisan aku ni...tapi aku rasa memadailah untuk paper ni........

Cikgu die kerap tekankan supaya gunakan water colour @ cat air......aku bengang betul dengan cikgu die ni.....mentang2 la die pakar dalam bidang 2....die nk suruh plajar ikut die......cikgu mcm ni la yang telah menjahanamkan seni kertas 3 STPM aku.....

Bagi seorang guru yang bagus....bagi pandangan aku..guru harus tanam minat dulu dalam diri pelajar dan lihat kesesuaian bakat yang ada dalam diri pelajar tu..lagipun cat air memerlukan masa untuk mahir....dan masa yang ada kat sekolah takkan boleh manjamin pelajar yang tidak tahu apa2 tentang cat air untuk manjadi mahir..........

Cikgu adk aku juga bgtau bhwa menggunakan media cat air akan mendapat markah yang lebih....NAMUN...melalui sumber lain (dari guru-guru PSV) menyatakan penggunaan media tidak begitu dititikberatkan sangat.....maknanya xde markah lebih untuk gunakan cat air.......lagipun kalo xpandai guna cat air...hancur kertas lukisan tu......menggunakan cat air juga melambatkan masa....kena tggu kering dan sebagainya....(bergantung pada teknik cat air)......yang menjadi masalah lagi adalah masa yang diberi hanya 3jam.....nk tggu kering pn dah berapa minit......

Lagi satu.....lukisan di atas aku gunakan campuran Crayon (oil pastel) dgn pensel warna.....dan aku mendapat info juga dari guru2 PSV bahawa tema yang berbentuk fantasi sesuai menggunakan Crayon......

Pasal bahagian yg xde warna 2.....ade 1 sbb je....dah MALAS.....hehe
Masih xpuas hati ngan background die....hmmmmm


*Orang selalu fikir pelajar gagal kerana diri sendiri.....Orang selalu terlepas pandang pelajar mungkin gagal kerana guru........

Chicken Chop Punya Pasal.....



Baru balik je aku terus upload gambar ni....lokasi aku nk makan tadi....perut punya la lapar.....last2 singgah kat sini (idea abg aku).....hahaha....aku on je la......aku bkn tau pn nk g mkn kat mana lg.....hehehehe....

Aku bkn nk citer pasal makanan die sedap ke tak sedap.....(sedap jgk la lepas mkn td).....yang penting boleh kenyangkan perut ni.......tapi MASALAHNYA........lambat betul nk siap.........dekat sejam lebih jgk la  kami tunggu kat meja no.8 tu......nasib tak hujan je walaupun ada dua tiga titik air jatuh atas bahu......lepas siap...kami pn tanpa membuang masa berlalu dari warung tu.....

Tapi....yang menarik kat tempat ni ia menghadap laut.....best la jgk kalo lepak2 kat sini.....hahaha...apa2 pn kenyang aku mkn chicken chop tadi......so pada sape2 yg xpenah sampai lg.....pergi la try......aku baru 1st time mkn kat sini.....mgkin ade 2nd n 3rd.......hehehehe

*mkn nk cepat2....dah kenyang membuta...hehe

Monday, December 19, 2011

Aku Di Muzium Negeri Terengganu




Masa ni aku keluar jalan-jalan dengan keluarga aku....maklumlah aku ni jarang keluar jejalan ni...hehehe....Gambar kat atas ni aku ambil masa berada di MUZIUM NEGERI TERENGGANU.....Muzium ni sangat menarik dan banyak benda yang berada di sini.....kawasan yang luas dan mempunyai persekitaran yang indah......mmg tmpat yang sesuai nk bawa keluarga jalan-jalan......

Aku suka tengok benda-benda bersejarah macam ni dan terfikir mcm mana org dahulu kala menjalani kehidupan seharian mereka...hehe.....kat sini juga ade rumah-rumah lama tapi bukan dalam bangunan kat belakang aku tu.....itu muzium utama.....rumah-rumah tu terletak diluar....dan pelawat dibenarkan masuk ke dalam rumah tu.......hehehe

Kalau datang ke TERENGGANU.....ni adalah destinasi yang wajib dikunjungi....hehehe

Sunday, December 18, 2011

FM 11 Taktikal 4-5-1 @ 4-3-3

Formasi 4-3-3 ni sebenarnya lebih kepada formasi 4-5-1 yang mempunyai penyerang tunggal......ini adalah taktik aku yang kedua yang aku buat sebenarnya.....sebelum ni aku pernah menghasilkan formasi 4-4-2 (formasi yang ni aku guna untuk pasukan lemah seperti Shef Wednesday)..........kali ni aku nak kongsikan tentang formasi 4-3-3 ni.....hehe

Di bawah ni aku ada letakkan gambarnya....susunan pemain mengikut posisi dan tugas pemain bagi setiap posisi...........tugas ni di set semasa membuat taktikal baru.....boleh juga di ubah selepas itu.......


Formasi 4-3-3


OK...kat atas ni gambar formasi 4-3-3...so aku akan terangkan sikit apa yang aku dah set..............


Keeper : Role = Goalkeeper
              Duty = Defend


2 Central Def : Role = Central Defender
                       Duty = Defend

           
2 Full Back : Role = Full Back
                    Duty = Automatic


3 Central Mid ; 1~ Central Midfielder : Role = Ball Winning Midfielder
                                                            Duty = Defend

                        2~ Central Midfielder : Role = Advanced Playmaker
                                                           Duty = Attack

                        3~ Central Midfielder : Role = Central Midfielder
                                                            Duty = Automatik


2 Winger ; 1~Right : Role = Inside Forward
                               Duty = Attack

                 2~Left : Role =Winger
                              Duty = Support


Central Forward : Role = Pocher
                            Duty = Attack



OK...kat bawah ni aku letak gambar team instructions......


 Team Instructions





FM 2011

Football Manager 2011......ni la game yang aku sedang main sekarang.....dan aku masih baru lagi dalam game ni....kita akan menjadi pengurus untuk sebuah pasukan bola sepak...dan kita diberi pilihan untuk memilih pasukan mana untuk dibimbing.....jadi aku pilih BARCELONA (walaupun aku peminat LIVERPOOL)..hahaha....dalam game ni BARCA adalah kelab yang paling kaya dan disebabkan itulah aku gunakan pasukan ini......dan ini tidak sia-sia apabila banyak kejayaan yang aku julang dengan kelab ni......hehehe

TAPI.....pada mula-mula aku main dulu aku pilih kelab SPURS.....disebabkan aku masih baru....aku gagal untuk bawa kejayaan untuk kelab ni......akhirnya aku dipecat...dan aku mula melatih kelab-kelab yang tidak ternama dari liga KOREA, USA, MALAYSIA, dan aku masih lagi GAGALLLLL............

DAN....aku mula mencari taktik-taktik yang dikongsi oleh peminat FM11 di internet...dan aku tidak kecewa apabila aku mendapat perlbagai taktikal yang bagus....dan aku mencuba taltikal yang aku rasa bagus.....namun hasilnya tidak menentu dan tidaklah sebagus yang aku sangka.....dan satu hal lagi adalah...kebanyakan maklumat yang aku dapat dalam bahasa INGGERIS.....hahaha.....BI aku memang jahanam....so aku buat taktikal sendiri.....dan ia berjaya.....HAHAHA

Sekarang aku masih dengan taktikal yang aku buat sendiri iaitu 4-2-4 @ 4-5-1.....kedua-dua taktikal ni bagi aku boleh buat banyak gol....hehehe....Selepas aku berjaya menghasilkan formasi yang bagus...aku mula mencari cara untuk menghasilkan gol dari tendangan sudut........sekali lagi aku mencari di internet......dan aku mendapat 2 hingga 3 taktikal....aku cuba dan salah satu darinya berjaya......memang banyak gol yang aku dapat dari tendangan sudut lepas tu.....PUAS HATI...hehe

kalau korang nk dapat maklumat yang banyak korang boleh ke web ni...FM Base UK
kat page ni ada banyak benda yang dikongsi oleh pemain game ni...hehehehe

*sekarang aku tengah try formasi 4-3-1-2...hehe
SAlam Perkenalan kepada Dunia Blog untuk aku......hehehe.....Tujuan utama aku membuat blog adalah untuk memenuhi kehendak hati yang ingin mencari sesuatu yang selama ini tidak pernah dilakukan aku (menulis blog)........aku ingin berkongsi ape yang terdapat dalam otak aku ini ke dunia blog......mungkin ini cara terbaik untuk aku melepaskan apa yang terkandung di dalam otak aku ni.......sesunggunhnya blog ni xde kaitan dengan sape2 hidup atau dah mati.......hanya untuk tatapan aku......dan siapa2 saje yang tiba2 muncul dalam blog ini...........sekian