Thursday, December 22, 2011

Aku dan Goldbird






Aku nak ceritakan bagaimana aku mendapat gelaran golbird.....Semuanya bermula sejak aku darjah tiga lagi...Masa tu aku belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Diman....Aku berada di kelas 3 Berlian.....Aku masih ingat dengan jelas lagi beberapa peristiwa yang berlaku dalam kelas tu...Aku ada seorang kawan yang namanya lebih kurang dengan nama sebenar aku...cuma beza satu huruf je iaitu aku huruf  "m" dan dia  hurur "r"....Tak perlu la aku sebut nama dia.....Dia lah orang yang bertanggungjawab dalam hal ini.....

Robet....Yea...Itulah gelaran yang dia berikan untuk aku..Aku pun tidak mengetahui atas sebab apa aku digelar Robet...Lama kelamaan nama itu lekat pada aku...Dan aku tidak kisah..Malah aku suka dan rindukan setiap kali kawan aku panggil aku dengan nama tu.....Suatu hari aku sedang lepak dengan kwan-kawan aku dekat sebuah wakaf di depan sekolah....Dan pada masa tu aku sedang asyikmenulis nama aku di wakaf tersebut.....Wakaf tu baru je siap dibina...hehehehe

Selepas itu dia datang dan meminta aku menulis juga namanya...Dia cakap aku buat dengan cantik...hahaha....Aku pun tulis namanya dibawah nama aku.....Ingin sekali aku melihat kembali tulisan itu....Namun ianya hanya tersimpan di dalam memori aku...Kerana wakaf itu telah lama tiada.....Kembali kepada cerita...Selesai aku menulis namanya..Aku terus bertanya kepadanya..Kenapa memanggil aku Robet...Dia bagitahu aku yang aku jalan seperti Robet (Robot).....Aku jadi bingung....Betul ke aku jalan macam robot??????

Nama itu kekal dan aku dikenali dengan nama itu di sekolah dan juga bila di luar sekolah.....Lama kelamaan nama Robet menjadi Gobet.....dan selepas itu aku dikenali dengan nama Bert.......Dan aku rasa nama Bert paling lama kekal dengan aku....Sampaikan ada dikalangan kawan aku yang tidak mengetahui nama sebenar aku....hahaha

Dan akhir sekali....Nama goldbird telah muncul apabila seorang kawan aku di tingkatan 4 dan 5 telah menciptakannya untuk aku.....Dia meminati graffiti...dan di dalam bukunya dipenuhi lukisan dan juga tulisan yang berbentuk graffiti....Pada suatu hari dia tulis nama aku gold bird dalam bentuk tulisan graffiti.....Aku amat sukakannya...Dan aku mula berminat dengan tulisan yang berbentuk graffiti...Dan aku ada hasilkan beberapa tapi tidak sehebat yang dihasilkannya.....Dia amat berbakat dalam seni....hehe


0 comments jer....: