Wednesday, December 21, 2011

AUKU + ADAM ADLI + UPSI + AKU???

Sebelum baca aku nak pesan..semua ni pandangan peribadi penulis.....


sumber : http://2.bp.blogspot.com/_CC-v-ozVBy0/S3JJVDZpfkI/AAAAAAAAAWA/-D-apuffO-o/s400/auku.jpg


AUKU atau Akta Universiti dan Kolej Universiti diwujudkan untuk menjaga mahsiswa..Tapi hari ini, mahasiswa ingin AUKU di mansuhkan..Atas sebab apa yang menyebabkan segelintir mahasiswa bertidak demikian???..Adakah timbul ketidak percayaan kepada Kerajaan Pemerintah yang menjaga keharmornian negara Malaysia....Bagi aku yang juga bekas pelajar UNIVERSITI...aku tidak rasa ada keperluan untuk memansuhkan AUKU....Tumpuan utama pelajar adalah untuk belajar, bukan berpolitik dan hal-hal lain...

Satu hal yang aku nak nyatakan kat sini, apabila mahasiswa terlalu banyak terlibat dengan hal-hal yang tidak berkaitan dengan pembelajaran mereka..ia akan menyebabkan mereka mulai lalai untuk memberi lebih tumpuan terhadap pelajaran mereka....gejala ponteng kuliah akan berleluasa seperti kes ponteng sekolah..

DAN selama mereka / mahasiswa ini menjalani kehidupan dikampus....wang siapa yang dibelanjakan...terutama kepada golongan bangsa MELAYU......jika bukan wang ibu bapa dan wang hasil dari rakyat....jika mereka ini gagal dalam pembelajaran...bukankah mereka telah melakukan pembaziran wang rakyat...sejak dibangku persekolahan lagi kita telah menggunakan wang rakyat....jika bukan kerana wang rakyat, berapa kerat orang melayu yang mampu melangkah ke UNIVERSITI........

Seperti kata Dr.M....mansuhkan AUKU sekiranya mahasiswa dah matang...

*dah matang ke???? 


sumber : http://www.umlib.um.edu.my/umnews/auku_n1-180783.jpg



Sekiranya melihat sejarah lampau......AUKU sebenarnya membantu mahasiswa MELAYU.....tetapi hanya mahasiswa melayu yang bersungguh-sungguh untuk memansuhkan AUKU...adakah untuk menghancurkan masa depan sendiri demi kepentingan pihak lain??????........Kerana apa aku mengatakan bahawa AUKU membantu MELAYU...sebabnya adalah lebih ramai orang MELAYU berjaya di UNIVERSITI kerana adanya AUKU....

*jangan musnahkan impian masyarakat demi agenda sendiri.....


sumber : http://promahasiswaupm.files.wordpress.com/2011/12/390023_284631368239394_100000775992720_752440_1729368285_n.jpg


Mengenai Adam Adli...aku memang tidak mengetahui siapa dia yang sebenar....dan aku langsung tidak menghalang tindakan dia untuk berjuang memansuhkan AUKU...kerana itu adalah hak peribadi masing-masing dan  aku tidak masuk campur....Tetapi yang menjadi persoalannya apa rasionalnya menurunkan Bendera yang tertera wajah PM....atas sebab apa dia berbuat demikian???....adakah kerana ingin mencabar kerajaan sedia ada supaya berhati-hati dan mendengar kepada permintaan mereka.......adakah merasakan sudah dekat dengan tahun baru dan pilihanraya yang semakin menghampiri, merasakan masa yang tepat untuk menghancurkan sebuah kerajaan dan mengangkat kerajaan yang baru yang mereka percayai....

Namun, yang menjadi masalahnya sekarang adalah dia telah melibatkan nama UPSI...dan aku adalah bekas pelajar UPSI....Aku cukup sedih bila mendapat tahu pelajar UPSI cukup biadap dan langsung tidak menghormati pemimpin negara...Aku tak kisah siapa yang dia nak pilih sebagai pemimpin...Namun, adakah kedamaian yang dikecapi selama ini mahu dirobohkan...Bukan senang menjaga hati rakyat MALAYSIA yang berbilang bangsa dan agama.....bukan hanya bangsa melayu yang hendak dijaga pemerintah...Malangnya, jika dilihat daripada gerakan-gerakan yang dilakukan ia kelihatan seperti didalangi parti tertentu dan bukan atas daya usaha mahasiswa sendiri....

*tak ingin melihat Melayu Dijajah lagi.....


sumber : http://komuniti-blogger.com/wp-content/uploads/2011/11/615181269l.jpg


Aku mengaku bahawa manusia tidak dapat lari dari politik...semua hal berkait dengan politik...bagi aku politik adalah penipuan...tiada kejujuran....semuanya adalah penipuan untuk mencari kuasa...aku tidak tahu mana yang betul, mana yang salah....jangan terlalu taksub dan percayakan politik...politik membunuh jati diri...fitnah menguasai dunia...tipu muslihat membela diri....semuanya demi politik yang membawa kuasa....

*ISA dah lupus..timbul pula isu AUKU....politik oh politik....





0 comments jer....: