Tuesday, January 31, 2012

Akhirnya Berpintu Jua.....



Nak tahu apa yang berpintu????.....hehe....bilik-bilik di rumah aku la....selama ni memang tak pernah ada pintu sejak rumah ni siap dibina....tahun bila dah lupa...dalam tahun 97-98.....Mungkin dulu ayah aku tak pasang pintu ni sebab adik perempuan aku masih kecil lagi....sekarang dah besar dah...tak elok rasanya kalau biliknya tidak berpintu.....pengaliran udara juga bagus katanya...

Aku suka la juga bila dah berpintu ni...sebabnya bila ada orang datang ke rumah aku taklah mereka nampak aku terguling kat dalam bilik....hahaha.....apatah lagi kalau masa raya....semua sedara datang rumah buat macam rumah sendiri.....mereka-mereka ni memang tak akan duduk di ruang tamu...mereka akan ke bahagian dapur....dan dalam laluan ke dapur akan melalui bilik aku dan bilik abang dan adik perempuan aku....tak manis langsung kiranya ternampak aku membongkang kat tilam....hahahaha

Kat bawah ni aku tak letak pula gambar bilik aku....hahaha...bilik aku je yang pelik..buka pintu dan turun tangga untuk masuk ke bilik aku...naik tangga dan buka pintu jika nak keluar.....Agak menyusahkan sebenarnya......faham..haha...buat2 faham je la yea....hehe


Gambar kat atas ni bukan aku...tapi Pak Su aku....hehe...dia ni tukang rumah...Aku suka dengan hasil kerja tangan dia...teliti dan kemas jer....malah dia buat dengan cepat.....Aku sekadar tolong dia je....Walaupun aku pernah juga ambil kursus dalam bidang pertukangan ni ( perbuatan perabot, malah bertanding dalam kemahiran malaysia lagi..haha )


Inilah keadaan bila pintu dah siap dipasang....Nak kena syalek pula ni....hehehe




3 comments jer....:

A'IM said...

pergh semua buat sendiri ke.. laju gak..rumah kat kampung pun baru 90 % siap..

gold bird said...

haha..pintu 2 beli la bro....kalo wat sndiri bleh...tp ambik masa la....beli terus dari kilang....hahaha....

teratai said...

kalu anak perempuan spt kak ni mesti bilik berpintu!