Saturday, January 14, 2012

Pembangkang Di Malaysia Tidak Profesional.....

hanya pandangan peribadi penulis.....

Berkisarkan kepada keadaan semasa politik di Malaysia pada masa kini dan masa lalu, dapat aku nyatakan bahawa pihak penentang kerajaan pemerintah tidak profesional dalam menjadi pembangkang.  Profesional boleh diertikan sebagai sifat individu dalam menjalankan tugas yang diamanahkan yang melibatkan kemampuan, kemahiran, dan cara pelaksanaan sesuatu yang berkaitan dengan tugas.  

Jika dikaitkan dengan pembangkang di Malaysia, mereka seakan tidak dapat memahami tugasan mereka sebagai pembangkang.  Cara mereka melaksanakan tugas mereka sebagai pembangkang adalah tidak profesional.  Mereka pandai menentang segala yang dilakukan oleh pihak pemerintah dan segala yang dilakukan oleh pemerintah adalah salah di mata mereka.  Pihak seperti ini tidak akan dapat bersama-sama membangunkan negara, malah mereka sebenarnya mengganggu pembangunan negara. Sebagai pembangkang di sebuah negara yang sedang membangun dan ingin mencapai negara maju, apa yang harus dilakukan oleh mereka ialah memberi idea dalam setiap tentangan mereka dengan idea kerajaan.  Bukan hanya sekadar menentang dan tidak memberi apa-apa jalan yang lain.

Bahkan, mereka bukan sahaja tidak "sekepala" dengan kerajaan, mereka juga tidak "sebulu" dengan ahli dalam pakatan mereka iaitu PKR.  Jika sudah tidak sama pandangan atau pendapat, dimana letaknya profesionalisme mereka dalam berpolitik.  Arah tuju mereka mungkin sama iaitu untuk menumbangkan kerajaan pemerintah, namun jalan yang diambil mereka tidak menampakkan kesepakatan.  Cara mereka mentadbir negeri yang dikuasai juga telah menampakkan kelemahan ini dengan setiap negeri mempunyai masalah.  Masalahnya mereka tidak secara bersama-sama duduk semeja berbincang untuk menyelesaikan isu yang timbul.  Mereka juga menolak mentah-mentah pandangan dan kehendak yang disuarakan rakyat.

Isu yang sedang hangat sekarang ialah mengenai sebuah madrasah di negeri yang ditadbir oleh pembangkang.  Ini menunjukkan mereka tidak menggunakan kuasa mereka di jalan yang betul.  Madrasah ini dibina di atas tanah wakaf khas dan bagaimana pula hukumnya untuk kerajaan mengambil alih tanah ini dan merobohkan madrasah ini.  Mungkin persoalan ini harus diajukan kepada pemimpin-pemimpin PAS kerena mereka sudah tentu lebih arif berkaitan hukum ini.  Terutama kepada pemimpin mereka yang sudah berdekad menyatakan parti UMNO kafir.  


Persoalannya, apa agaknya yang akan dilakukan atau dikatakan oleh puak pembangkang sekiranya pihak pemerintah yang melakukannya.  Banyak lagi isu yang dilakukan mereka masih belum terjawab oleh mereka sendiri, tetapi masih sempat menyibukkan diri dengan mencari kesalahan orang lain.  Kenapa tidak diperbaiki dahulu kelemahan diri sebelum mencari kelemahan orang lain.  Adakah ini hal kecil yang ingin diperbesarkan atau hal besar yang diperkecilkan oleh mereka???

  


0 comments jer....: