Monday, April 16, 2012

PTPTN "Along Dimensi Alaf Baru" Pilihan atau PAKSAAN !!!



Duit tidak pernah mencukupi bagi semua manusia....terutama yang terlampau memandang kebendaan...Apatah lagi sekarang semua perkara memerlukan WANG....dan bukan semua perkara dapat dimiliki dengan PERCUMA.....Termasuklah PTPTN...

Tidak pentingkah PTPTN sehingga perlu dimansuhkan....Adakah PTPTN memberi BEBAN yang tidak tertanggung ???....Kenapa tidak pula diTENTANG semasa penubuhanya, mengapa sekarang ????.....Sudah cukup BERADAkah rakyat untuk menanggung kos pengajian di IPT....dan Adakah PTPTN memberi PAKSAAN untuk MEMINJAM ???......Perlukah diWUJUDkan BIASISWA untuk kesemua mahasiswa ????

Seperti yang diketahui umum, PTPTN adalah badan yang memberi pinjaman kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran di IPT....Ramai pelajar yang memohon PTPTN kerana mereka tahu bahawa dengan meminjam PTPTN mereka mampu untuk meneruskan pengajian di IPT.....Namun, ada juga mahasiswa yang telah mendapat pinjaman PTPTN masih memerlukan bantuan dari keluarga.....

Ada pula dikalangan pendapat menyatakan bahawa, pinjaman PTPTN menyebabkan mereka berhutang sebelum bekerja...berhutang ketika masih bergelar mahasiswa....Mungkin golongan ini ramai yang bersetuju untuk memansuhkan PTPTN dan memberi mereka biasiswa......Apakah impaknya sekiranya PTPTN adalah biasiswa????.....Adakah pelajar cemerlang akan terus cemerlang dan pelajar KURANG CERDIK ini akan menjadi PELAJAR CEMERLANG......

Aku amat percaya bahawa "manusia itu akan lebih menghargai sesuatu sekiranya mereka menanggung risiko" Maknanya, mahasiswa itu akan lebih menghargai PTPTN daripada BIASISWA....kerana BIASISWA tidak akan memberikan beban kepada mahsiswa....tiada risiko yang perlu ditanggung sekiranya gagal dalam pembelajaran....kerana biasiswa tidak perlu dibayar balik dan ia adalah percuma.....Berbeza pula dengan PTPTN yang perlu dibayar setelah mendapat pekerjaan kelak....HUTANG MESTI DIBAYAR.....Maka, pelajar haruslah belajar dengan lebih bagus untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang...Pelajar yang KURANG CERDIK pun akan menjadi lebih baik.....Bukan susah tidak mahu MEMBAYAR HUTANG PTPTN....Mahasiswa sudah tentu tahu caranya....hehehe

Jangan rosakkan masa depan rakyat demi karier POLITIK...Kenapa hanya mahasiswa dan lepasan mahasiswa sahaja yang mendesak....Malah ramai yang telah bekerja juga mendesak PTPTN dihapuskan....adakah mereka ingin lari dari membayar HUTANG....PTPTN dimansuhkan maka HUTANG mereka TERHAPUS....Inikah agenda mereka...pemikiran apa yang mereka gunakan...ADILkah ????

Kepada RAKYAT yang menentang PTPTN pada hari ini...aku amat berharap agar keturunan mereka tidak akan membuat pinjaman dari PTPTN.....dan kepada yang masih MENUNTUT di mana-mana IPT yang menentang..diHARAP anda dapat menghentikan Pinjaman setakat ini dan tidak menyambung lagi pinjaman bagi SEMESTER akan datang....Masih ramai yang MEMERLUKANnya.....TAPI aku amat yakin bahawa ramai yang tidak mampu untuk menghentikan pinjaman mereka terutama BANGSA aku...iaitu BANGSA MELAYU....TAPI siapa yang paling ramai menentang ????......"tepuk dahi, fikir sendiri"....

Apa yang salah tentang gambar ni??...dapatkan info di mynewshub
Siapa mereka ???....hmmmm


SEDARKAH ANDA....Siapa yang menimbukan isu ini....INDIVIDU inilah yang terlibat dalam penubuhan PTPTN pada tahun 1997...pada ketika itu memegang jawatan Menteri Kewangan....[sumber : Mansuh PTPTN]



selamat malam...




0 comments jer....: