Wednesday, May 30, 2012

JAlan-jalan DI Empangan Hidroelektrik Batang Ai, Lubok Antu, Sarawak



Keindahan yang tidak dapat disangkal lagi....CANTIK...hehehehe.....layannnnnnn



































Sunday, May 27, 2012

Poster Anti Dadah


ni yang no 2...dah siap
amacam ok x...hehehe


Poster Anti Dadah...

Projek untuk unit kaunseling sekolah......baru posting dah kena buat poster...hahaha
layan je la......




Yang pertama dah siap....yang kedua dalam proses....yang ketiga dan seterusnya akan menyusul.....
ada idea tolong kongsi-kongsikan...hehehehe



Saturday, May 26, 2012

Black Hole | pen drawing


Monday, May 21, 2012

Manusia Bodoh Vs Manusia Pandai....




manusia bodoh tak tahu akan kekurangannya.....
manusia pandai memahami kekurangannya.....

manusia bodoh mempamerkan kekurangannya.....
manusia pandai menyembunyikan kekurangannya.....

manusia bodoh kagum / bangga dengan kekurangannya.....
manusia pandai kesal dengan kekurangannya.....

manusia bodoh tidak memperbaiki kekurangannya.....
manusia pandai sentiasa mengurangkan kekurangannya.....

manusia bodoh tidak menerima kritikan di atas kekurangannya.....
manusia pandai sentiasa terbuka menerima kritikan di atas kekurangannya.....

manusia bodoh suka menyalahkan orang lain kerana kekurangannya.....
manusia pandai akan mengakui kekurangannya.....


Oleh  | Goldbird



Tuesday, May 15, 2012

Cerita Dibawa Angin [ BERSIH 3.0 ]



Salam....



BERSIH 3.0 dah berlalu....aku nak cerita kisah yang aku dengar dari seorang peserta bersih....ianya berkaitan dengan entri aku yang sebelum ni mangsa langgar....

Aku yakin tentu masih ramai peserta bersih yang masih mempercayai bahawa ada kematian dalam insiden yang berlaku dihadapan sogo....seperti yang diceritakan kepada aku...katanya lagi sebelum kereta polis itu melanggar mangsa...polis itu dikatakan sengaja masuk ke kawasan tersebut..bukan hanya sekali..tetapi dua kali....kali pertama mereka memberi laluan kepada kereta polis terbabit...namun apabila kereta polis kedua memasuki jalan tersebut..mereka kurang memberi kerjasama dengan pihak polis dan menyebabkan polis tersebut membunyikan hon untuk meminta laluan.....Namun sebaliknya yang berlaku, apabila peserta BERSIH marah dengan tindakan polis terbabit....( polis dianggap sengaja membuat provokasi dengan melalui jalan tersebut )......

Itu dari sudut pandangan mereka, cubalah berfikir dengan lebih positif...Kemungkinan polis terbabit hanya membuat rondaan biasa untuk melihat keadaan....kerana itu adalah tugas polis...Tetapi, mereka tidak dapat mengawal emosi mereka...mereka marah dan bertindak ganas kepada polis...lihat sahajalah video di youtube....yang memperlihatkan keadaan sebenar......

Aku amat yakin, dia hanya mendengar cerita yang dibawa oleh peserta lain yang juga mendengar cerita dari peserta lain....Apabila ramai yang bercerita tanpa mengetahui keadaan sebenar..maka cerita asal akan berubah-rubah..berlaku penambahan dan pengurangan.....

Kepada pemimpin bersih...janganlah melakukan demontrasi andai tidak dapat mengawal keadaan....kemana mereka semasa kekecohan berlaku????
Kenapa tidak menghalang peserta daripada mengeluarkan kenyataan menghina polis????
Kenapa tidak menghalang daripada berlaku rusuhan???
Dimana tanggungjawab sebagai pemimpin BERSIH ????
Jangan hanya tahu berjanji...tetapi apabila tiba masanya....janji tinggal janji....dimana AMAN....

Aku menulis bukan untuk mana-mana pihak....Aku tahu kerajaan sekarang bukannya yang terbaik....tetapi aku langsung tidak percaya dengan PR.......jika betul memperjuangkan kebenaran...berjuanglah dengan kebenaran....jangan dikotori kebenaran....

Dia bertanya kepada aku..."" PTPTN itu apa???"".........yang mereka tahu hanya bangkang....

wssalam........



Saturday, May 12, 2012

Mangsa yang dilanggar polis dihadapan sogo??? [BERSIH 3.0]


Jangan terlalu mudah percaya dengan omong kosong tanpa bukti......lihat video dibawah....disedut dari youtube...





lepas ni aku nk kongsi cerita yang dibawa angin...dimana ianya amat diyakini oleh peserta BERSIH.......hahahaha

bersamalah kongsikan kebenaran.....
tujuan bersih tidak salah....
cara mereka yang kurang tepat....
bersambung...

selamat malam......





Friday, May 11, 2012

Sepasang OTAK dengan MEMORI.....



Ingatan lalu sering mengganggu...membuat tidur ku tidak menentu....lena ku tidak mengira waktu...otak ku dibanjiri kenangan lalu......Dulu aku tidak begini...otak yang kosong kini bercelaru...tiada ku pinta, tiada ku duga...adakah ini ketentuan-Nya.....Memori ini, tersimpan segalanya...tanpa had, tanpa usia....selagi hayat masih ada...adakah ia terus diingatan..atau lupus ditelan waktu...memori indah kesayangan aku...rasanya pahit mengukir senyuman....curahan air mata bukan kerana sakit...hanya kerana secebis memori....Terlalu banyak trafik yang melintas....jalannya sudah berselirat...dimana mulanya dan dimana akhirnya...perjalanan tanpa penghujungnya...haruskah aku meredahnya...menerokainya..agar ketenangan kembali....haruskah aku meluahkannya...disini atau dimana....

mungkin aku perlu mendapat restu dari "seseorang" sebelum membuka langkah........jumpa lagi....