Tuesday, May 15, 2012

Cerita Dibawa Angin [ BERSIH 3.0 ]



Salam....



BERSIH 3.0 dah berlalu....aku nak cerita kisah yang aku dengar dari seorang peserta bersih....ianya berkaitan dengan entri aku yang sebelum ni mangsa langgar....

Aku yakin tentu masih ramai peserta bersih yang masih mempercayai bahawa ada kematian dalam insiden yang berlaku dihadapan sogo....seperti yang diceritakan kepada aku...katanya lagi sebelum kereta polis itu melanggar mangsa...polis itu dikatakan sengaja masuk ke kawasan tersebut..bukan hanya sekali..tetapi dua kali....kali pertama mereka memberi laluan kepada kereta polis terbabit...namun apabila kereta polis kedua memasuki jalan tersebut..mereka kurang memberi kerjasama dengan pihak polis dan menyebabkan polis tersebut membunyikan hon untuk meminta laluan.....Namun sebaliknya yang berlaku, apabila peserta BERSIH marah dengan tindakan polis terbabit....( polis dianggap sengaja membuat provokasi dengan melalui jalan tersebut )......

Itu dari sudut pandangan mereka, cubalah berfikir dengan lebih positif...Kemungkinan polis terbabit hanya membuat rondaan biasa untuk melihat keadaan....kerana itu adalah tugas polis...Tetapi, mereka tidak dapat mengawal emosi mereka...mereka marah dan bertindak ganas kepada polis...lihat sahajalah video di youtube....yang memperlihatkan keadaan sebenar......

Aku amat yakin, dia hanya mendengar cerita yang dibawa oleh peserta lain yang juga mendengar cerita dari peserta lain....Apabila ramai yang bercerita tanpa mengetahui keadaan sebenar..maka cerita asal akan berubah-rubah..berlaku penambahan dan pengurangan.....

Kepada pemimpin bersih...janganlah melakukan demontrasi andai tidak dapat mengawal keadaan....kemana mereka semasa kekecohan berlaku????
Kenapa tidak menghalang peserta daripada mengeluarkan kenyataan menghina polis????
Kenapa tidak menghalang daripada berlaku rusuhan???
Dimana tanggungjawab sebagai pemimpin BERSIH ????
Jangan hanya tahu berjanji...tetapi apabila tiba masanya....janji tinggal janji....dimana AMAN....

Aku menulis bukan untuk mana-mana pihak....Aku tahu kerajaan sekarang bukannya yang terbaik....tetapi aku langsung tidak percaya dengan PR.......jika betul memperjuangkan kebenaran...berjuanglah dengan kebenaran....jangan dikotori kebenaran....

Dia bertanya kepada aku..."" PTPTN itu apa???"".........yang mereka tahu hanya bangkang....

wssalam........



1 comments jer....:

Ahmoy Si Merah said...

hyee ^^ maaf mengganggu . ziela tag nama anda utk join GA iena eliena nie . jom ramai2 terjah contest ini .

http://ahmoysimerah.blogspot.com/2012/05/1st-giveaway-by-iena-eliena.html

dah join bgtau ziela ya . terima kasih ^^